Senin, 09 Juni 2014

Tugas 7 Tafsir Surat Al-fatihah

 Nama : Mimi Puspita Sari
NPM   : 116211041
Kelas   : 6 F

Soal
Mengapa dalam surah Al-Fatihah pada kalimat “Ihdinassirathal mustaqim” Artinya adalah Tunjukilah kami jalan yang lurus?
Kenapa harus kata “Di jalan yang “lurus”? Bukan di jalan yang “benar”?

Jawab
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Artinya: “Tunjukilah Kami jalan yang lurus.”

Dalam ayat ini terkandung persoalan hidayah yg memberikan berbagai-bagai maksud :
1.        Tetapkan kami di atas jalan-jalan yang lurus dan benar sehingga kami tidak terpesong dari jalan yang lurus kerana manusia itu sentiasa berubah-ubah. Mungkin pada hari ini manusia itu berada di dalam hidayah dan petunjuk dan kemungkinan manusia pada esok harinya berada di dalam kezaliman.
2.        Peliharalah hidayah kami. Hidayah itu tinggi darjatnya dan mereka yang diberikan hidayah itu tergolong dalam tingkatan-tingkatan yg tinggi darjatnya. Dan ada dari kalangan mereka yang sampai darjat hidayah yang tinggi dan ada dari kalangan mereka yg tidak sampai ke darjat tersebut. Allah SWT. memberikan jalan yang lurus itu kepada dua yaitu jalan di dunia dan jalan di akhirat. Dan perjalanan kamu di jalan ukhrawi yaitu jalan titian sirat yang terbentang di antara neraka dan manusia akan melaluinya mengikut amalan mereka semasa di dunia dahulu. Manakala jalan di dunia pula ialah jalan dengan ketaatan kepada Allah SWT. dengan melalukan apa yg diperintah dan menjauhkan apa yang dilarang oleh Allah.
3.        Jalan yang lurus itu di mana seorang hamba itu akan melakukan apa yang di suruh pada setiap waktu berdasarkan kepada ilmu dan amalan yang ada padanya dan dalam masa yang sama juga seorang hamba itu tidak akan melakukan larangan Allah dengan menjadikan Allah sentiasa berada di hatinya bahawa Allah mengetahui segala apa yang dilakukan dan kehendak seorang hamba itu untuk melakukan apa yang diperintah dan dilarang.


Dan lawan bagi hidayah di dalam ayat ini ialah :
1.        Kejahilan ( الجهل )
Manusia itu kadang-kadang di dalam dirinya ada rasa keinginan untuk berbuat kebaikan akan tetapi jahil dan tidak mengetahui jalan atau cara yang betul yang dibenarkan oleh syariat untuk mencapai perbuatan baik tersebut. Maka manusia itu menggunakan cara yang bid’ah dari segi syariat dan juhud melaksanakannya tanpa berfikir panjang dan menyangkakan bahwa amalan kebaikan yang dilakukan dengan cara yang tidak betul itu adalah baik disebabkan oleh kurangnya ilmu dalam diri.
2.        Nafsu ( الهوى )
Kadang-kadang ada dari kalangan manusia itu sendiri mereka dari kalangan orang yang alim ada ilmu pengetahuan tetapi tidak ada dalam dirinya keazaman dan kesungguhan yang menjadikannya terdorong untuk ke arah kebaikan dan hawa nafsu itu menguasai dirinya. Lalu dia meninggalkan kewajiban atau berkecimpungan dalam perkara haram dengan sengaja sedangkan dia seorang yang berilmu dan tahu tentang halal dan haram dan mengukurkan dirinya sebagai seorang yang lemah imannya dan nafsu syahwat menguasainya dan leka dalam kealpaan dunia.

Kalau diperhatikan pada ayat ini dari sudut bahasa arab itu sendiri, Allah menggunakan perkataan ( اهدنا dalam sighah atau bentuk Fi’il Amar. Sebenarnya lafaz Fi’il Amar di sini bukanlah bermaksud satu perintah tetapi ia membawa maksud yang lain sebenarnya. Dari konteks ilmu balaghah,secara umumnya perkataan atau sesuatu jumlah dalam bahasa arab ini terbagi kepada dua yaitu yang berbentuk Insyai ( اسلوب الإنشائى ) dan Khabari ( اسلوب الخبري ). Di dalam konteks ayat yang berbentuk Uslub Insyai ini terdiri daripada berbagai pecahan yang tersendiri. Antaranya adalah sighah yang berbentuk amar ( صيغة الأمر ). Seperti yang terkandung di dalam ayat di atas,l afaz Fi’il Amar yang digunakan sebenarnya membawa maksud doa yaitu satu proses permintaan dari bawah kepada yang atas. Yang dimaksudkan permintaan dari bawah ke atas di sini ialah kita sebagai seorang hamba meminta dan berdoa kepada yang lebih Maha Kuasa lagi yaitu Allah Swt.
Itu yang tersirat disebalik penggunaan lafaz Fi’il Amar dalam ayat ini. Dalam masa yang sama ia menunjukkan kepada kita bahawa kita sebagai hambaNya perlu sentiasa dan setiap masa berdoa memohon hidayah dan petunjuk kepada Allah. Bukan hanya sekadar berdoa saja, tetapi sentiasa berusaha untuk mencari hidayah Allah itu. Dari sini juga, ia jelas menunjukkan kepada kita bahwa hidayah ini sebenarnya milik Allah dan kerjanya memberi hidayah ini juga adalah hak milik Allah. Allah juga berhak untuk memberi hidayah kepada siapa saja yang dikehendakinya .Oleh kerana itulah kita sebagai hambanya disuruh agar supaya senantiasa berdoa dan memohon hidayah Allah dan ini bertepatan dengan kaidah penggunaan bahasa arab yang terkandung dalam ayat ini. Itulah hebatnya bahasa Al-Quran.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar